Thursday, August 25, 2016

Ujian itu Hadiah daripada Allah SWT
Bismillahirahmanirahim.
Ujian..... kita sebagai hamba sememangnya tidak boleh lari daripada ujian, sebaliknya kita mesti terima dan sabar atas setiap ujian yang datang. 
Bilamana kita diuji, kita sering mengeluh tidak kurang juga kita menyoal diri sendiri dan yang lebih parah kita sanggup menyalahkan takdir atas apa y berlaku.
Persoalan pertama: 
Kenapa aku diuji?
Allah swt telah berfirman di dalam surah Ankabut:2-3
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
Persoalan kedua:
Kenapa ujian seberat ini?
Allah swt juga telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah:286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ketika nikmat(ujian) Allah datang menghampiri kita. beruntunglah bagi seorang Muslim itu, jika diberi ujian ia bersabar dan jika diberi nikmat ia bersyukur.
Benarlah firman Allah SWT di dalam Al-Quran.....
Inilah persoalan y berlegar2 di fikiran saat menerima ujian;
  • Kesempitan hidup
  • Kemalangan
  • Pekerjaan

Di dalam kesempitan hidup, kesengsaraan untuk meneruskan hidup pada zaman 'wang' amat memeritkan bagi golongan marhaen. Untuk teruskan hidup, kerja adalah medium utama untuk mendapatkan wang, mencari pekerjaan sampingan memandangkan baru sahaja menamtkan pelajaran amatlah payah, terdapat sesetengah organisasi tidak menerima tahap pendidikan yang kita miliki memandangkan pekerjaan itu tidak layak dgn kelulusan y dimiliki, sampaikan aku terpaksa menyembunyikan kelulusan tertinggi demi mendapatkan pekerjaan (adakah itu menjadi 1 kesalahan). Sijil SPM aku hulurkan, hurmmmmmm masih tidak diterima ekoran daripada keputusan dan aliran yang baik dan hal itu terus dipertikai kan. Maaf anda tidak layak. Okay, keputusan terakhir ialah mencari kerja part time, alhamdulillah dapat part time, walau gaji xseberapa tapi aku sanggup. 3 hari lagi boleh mula kerja, terima kasih. 


Apakan daya, malang xberbau, aku terlibat dalam 1 kemalangan dalam kategori tidak serius tapi mendapat impak pada fizikal dan mental. Mana mungkin aku boleh mulakan kerja dengan keadaan fizikal yang sememangnya tidak mengizinkan. Aku redha Ya Allah. Mungkin Engkau telah persiapkan sesuatu yang tiada siapa jangka. 
Ingatlah.. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah mempunyai perancangan yang terbaik untuk setiap hambaNya yang menerima setiap ujian dengan sabar diiringi solat serta doa.
Allahu... 

Sunday, August 14, 2016

Fahami & Memahami

Syukur Alhamdulillah (segala puji bagi Allah SWT) yang menciptakan sebuah sifat "faham" dan ditanamkan sifat itu di dalam diri setiap insan.....
Bezanya, adakah insan menggunakan sifat itu? Adakah insan menemui sifat itu?
Segalanya datang daripada Allah SWT....
Jadi, carilah sifat itu, gunalah sifat itu kerana ia amat bermakna buat insan lain malah ia begitu indah di sisi Allah SWT.

#MugaAllahRedha

Wednesday, August 10, 2016

Mana Pergi Rasa Itu?

Rasa y sukar untuk diraih! Atau aku yang memilih?
Kemana pergi rasa itu!  Tidakkah ia tahu bahawa aku menunggu.
Kenapa rasa itu masih belum tiba! Atau aku y alpa.
Bagaimana rasa itu sukar dimiliki! Atau aku y mengkhianati.
Bilakah rasa itu akan hadir! Atau aku y melawan takdir.
Dimana rasa itu perlu dicari! Atau ia sengaja bersembunyi.

Begitulah takdir Kemana Pergi Rasa Itu??

Rasa.............

By Airen Lee



Saturday, August 06, 2016

Saat Melangkah
...
Saat kita melangkah menuju peringkat yang seterusnya dalam kitaran kehidupan....
Kita mulai sedar erti kehidupan yang sebenar kehidupan.....
Saat kita susah, barulah kita tahu apa yang dikatakan:
1.tanggungjawab
2.bertahan
3.berusaha
4.yakin pada diri

Dan yang paling penting nikmat IMAN dan ISLAM y Allah SWT anugerahkan kepada kita.

Can u imagine life without IMAN and ISLAM???

Dengan dunia yang penuh dengan sandiwara ditambah keadaan ekonomi sosial dan politik seakan-akan bakal membunuh...
Apakah nasib golongan marhaen?
Kesempitan hidup, desakan keperluan asasi, pengangguran berleluasa salah satu faktor peningkatan gejala sosial, seakan tiada kesudahan...

hold n hope!!!