Thursday, August 25, 2016

Ujian itu Hadiah daripada Allah SWT
Bismillahirahmanirahim.
Ujian..... kita sebagai hamba sememangnya tidak boleh lari daripada ujian, sebaliknya kita mesti terima dan sabar atas setiap ujian yang datang. 
Bilamana kita diuji, kita sering mengeluh tidak kurang juga kita menyoal diri sendiri dan yang lebih parah kita sanggup menyalahkan takdir atas apa y berlaku.
Persoalan pertama: 
Kenapa aku diuji?
Allah swt telah berfirman di dalam surah Ankabut:2-3
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
Persoalan kedua:
Kenapa ujian seberat ini?
Allah swt juga telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah:286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ketika nikmat(ujian) Allah datang menghampiri kita. beruntunglah bagi seorang Muslim itu, jika diberi ujian ia bersabar dan jika diberi nikmat ia bersyukur.
Benarlah firman Allah SWT di dalam Al-Quran.....
Inilah persoalan y berlegar2 di fikiran saat menerima ujian;
  • Kesempitan hidup
  • Kemalangan
  • Pekerjaan

Di dalam kesempitan hidup, kesengsaraan untuk meneruskan hidup pada zaman 'wang' amat memeritkan bagi golongan marhaen. Untuk teruskan hidup, kerja adalah medium utama untuk mendapatkan wang, mencari pekerjaan sampingan memandangkan baru sahaja menamtkan pelajaran amatlah payah, terdapat sesetengah organisasi tidak menerima tahap pendidikan yang kita miliki memandangkan pekerjaan itu tidak layak dgn kelulusan y dimiliki, sampaikan aku terpaksa menyembunyikan kelulusan tertinggi demi mendapatkan pekerjaan (adakah itu menjadi 1 kesalahan). Sijil SPM aku hulurkan, hurmmmmmm masih tidak diterima ekoran daripada keputusan dan aliran yang baik dan hal itu terus dipertikai kan. Maaf anda tidak layak. Okay, keputusan terakhir ialah mencari kerja part time, alhamdulillah dapat part time, walau gaji xseberapa tapi aku sanggup. 3 hari lagi boleh mula kerja, terima kasih. 


Apakan daya, malang xberbau, aku terlibat dalam 1 kemalangan dalam kategori tidak serius tapi mendapat impak pada fizikal dan mental. Mana mungkin aku boleh mulakan kerja dengan keadaan fizikal yang sememangnya tidak mengizinkan. Aku redha Ya Allah. Mungkin Engkau telah persiapkan sesuatu yang tiada siapa jangka. 
Ingatlah.. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah mempunyai perancangan yang terbaik untuk setiap hambaNya yang menerima setiap ujian dengan sabar diiringi solat serta doa.
Allahu... 

No comments:

Post a Comment